KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$130.6 bilion setakat 29 Mei 2026.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negera jangka pendek.
Rizab antarabangsa kasar itu terdiri daripada rizab mata wang asing (US$114.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$6.4 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).
Sementara itu, bank pusat itu berkata jumlah asetnya berada pada RM611.38 bilion, merangkumi emas, aset kewangan asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM527.24 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.1 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.02 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM29.01 bilion), hartanah dan peralatan (RM4.5 bilion) serta aset lain(RM34.45 bilion).
Jumlah modal dan liabiliti adalah sebanyak RM611.38 bilion, terdiri daripada modal (RM100 juta), rizab (RM200.65 bilion), mata wang dalam edaran (RM184.25 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM109.82 bilion), kerajaan persekutuan (RM6.24 bilion) dan lain-lain (RM70.81 bilion), kertas BNM (RM8.7 bilion), peruntukan SDR (RM26.37 bilion) dan liabiliti lain (RM4.46 bilion).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial