KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Harga minyak Brent ditutup pada US$90.40 setong dan terus diniagakan di bawah paras US$90 setong (US$1=RM4.05) pada pembukaan dagangan Jumaat susulan peningkatan optimisme terhadap potensi perjanjian antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
CIMB Investment Bank Bhd berkata perkembangan itu dijangka membawa kepada penurunan mingguan kedua berturut-turut selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membatalkan rancangan serangan terhadap Iran dan memberi isyarat bahawa perjanjian antara AS dan Iran hampir dimuktamadkan.
Di bawah perjanjian itu, Iran dilaporkan tidak akan meneruskan pembangunan senjata nuklear.
"Bagaimanapun, ketidaktentuan dijangka berterusan memandangkan Tehran masih belum memberi kelulusan muktamad terhadap sebarang perjanjian," katanya dalam satu nota harian hari ini.
Selain itu, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menurunkan unjuran pertumbuhan permintaan minyak global bagi 2026 kepada 970,000 tong sehari, namun pengurangan pengeluaran sebanyak 190,000 tong sehari pada Mei dijangka mengekalkan kekangan bekalan dalam pasaran walaupun pertumbuhan permintaan semakin sederhana.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial