SEPANG, 13 Jun (Bernama) -- Landasan terjejas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka semula pada 7.40 malam tadi selepas mendapat kelulusan keselamatan akhir daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
KLIA dalam hantaran Facebook memaklumkan operasi penerbangan di landasan terbabit telah kembali pulih dan kini beroperasi seperti biasa.
Terdahulu, KLIA dalam hantaran menerusi media sosial sama memaklumkan satu daripada tiga landasan di lapangan terbang itu ditutup sementara hari ini susulan insiden tayar pesawat pecah.
Penutupan sementara itu pada awalnya dijadual berlanjutan hingga 9 malam ini seperti yang dinyatakan dalam Notis kepada Juruterbang (NOTAM).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial