KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Empat wanita yang tersesat ketika aktiviti mendaki di Bukit Tunggul, Jenderam Hilir di Dengkil, Selangor hari ini ditemukan selamat oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang mangsa pada 10.13 pagi tadi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Komander operasi melaporkan selepas tiba di lokasi, mangsa berjaya dihubungi semula dan operasi pencarian segera dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata semua mangsa berusia 25 tahun hingga 40-an yang tidak mengalami sebarang kecederaan berjaya dibawa keluar sebelum operasi ditamatkan pada 11.30 pagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial