DUNIA

Serangan Siber Jejas Empat Bank - Iran

14/06/2026 07:04 PM

ISTANBUL, 14 Jun (Bernama-Anadolu) -- "Serangan siber terhad" menyebabkan gangguan di empat bank Iran termasuk Bank Negara Iran, Bank Tejarat, Bank Saderat Iran dan Bank Tosee Saderat, menurut Iran pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.

"Pasukan teknikal segera melaksanakan langkah pencegahan dan perlindungan yang diperlukan untuk melindungi data pelanggan dan infrastruktur perbankan negara selepas mengenal pasti tanda luar biasa," kata Majlis Penyelarasan Bank negara itu dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita kendalian kerajaan IRNA.

“Siasatan teknikal terperinci menunjukkan gangguan disebabkan oleh serangan siber terhad ke atas infrastruktur komunikasi perkongsian keempat-empat bank tersebut, dan mujurlah, tiada akses tanpa kebenaran terhadap maklumat pelanggan berlaku dan tiada maklumat dipadamkan," menurut majlis itu.

Semua sistem infrastruktur kini berada di bawah kawalan pakar teknikal, katanya, sambil menambah operasi pemulihan dan keselamatan sedang berjalan.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan