AM

Sultan Nazrin Disembah Maklum Usaha Perkukuh Infrastruktur Komunikasi Di Perak - Fahmi

19/06/2026 08:41 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah disembah maklum berhubung usaha kerajaan dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur komunikasi dan memperluas liputan perkhidmatan di negeri berkenaan.

Perkara itu disembah maklum Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika sesi menghadap semalam.

Fahmi berkata di samping itu, aspek keselamatan dalam talian juga turut mendapat perhatian Sultan Nazrin.

“Patik sentiasa mendoakan agar Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja Perak dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan yang berterusan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan