JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak Lelaki 11 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Tujuh

16/06/2026 12:07 AM

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2 di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di Blok AB, Apartmen Sri Lavender daripada seorang lelaki menerusi talian MERS 999 pada 7.12 pagi.

Beliau berkata pasukan perubatan yang tiba di lokasi telah membuat pemeriksaan serta mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Naazron berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu terjatuh dari kediaman bertingkat berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Bagaimanapun, kes turut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mempunyai unsur pengabaian," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau turut menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak dan memastikan keselamatan mereka terutamanya di kawasan kediaman bertingkat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan