GURUN, 16 Jun (Bernama) -- Dua anggota tentera maut dipercayai terkena letupan bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart di sini, hari ini.
Kedua-dua mangsa, termasuk seorang anggota wanita dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima maklumat insiden pada 12.30 tengah hari tadi.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial