AM

Poster 'Pendaftaran Saudara Baharu' Disebarkan Tanpa Melalui Saluran Rasmi - UPSI

18/06/2026 12:03 AM

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menafikan penglibatannya dalam hebahan berkaitan pendaftaran saudara baharu atau mualaf yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan menerusi media sosialnya, UPSI memaklumkan poster hebahan yang bertarikh 15 Jun itu tidak pernah dibentangkan untuk pertimbangan atau kelulusan pihak pengurusan universiti berkenaan.

Menurut UPSI hebahan berkenaan juga disebarkan tanpa melalui mana-mana saluran rasmi UPSI.

“Pihak UPSI memandang serius perkara ini dan tindakan lanjut sedang diambil bagi memastikan perkara seumpama itu tidak berulang. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk hebahan rasmi UPSI melalui medium rasmi universiti sahaja,” menurut kenyatan itu.

UPSI komited untuk terus menangani sebarang isu yang boleh mencalarkan imej serta reputasi institusi itu.

Terdahulu, tular dalam media sosial satu poster berkaitan kelebihan untuk mahasiswa yang mendaftar sebagai saudara baharu. 

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan