JENAYAH & MAHKAMAH

Ops Luxury: JPJ Negeri Sembilan Sita 145 Kereta Mewah

18/06/2026 04:19 PM

SEREMBAN, 18 Jun (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyita 145 kenderaan mewah atas pelbagai kesalahan jalan raya menerusi Ops Luxury sepanjang tempoh enam bulan tahun ini.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan Jasyindar Singh Sihdu berkata tindakan ini adalah hasil daripada pemeriksaan terhadap 870 kenderaan mewah seperti BMW, Mercedes-Benz, Toyota Alphard, Lexus dan BMW Limousine dengan 262 kesalahan dikesan.

“Ia termasuk membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM), perlindungan insurans dan lesen memandu yang tidak sah atau tamat tempoh, pengubahsuaian kenderaan tanpa kelulusan JPJ serta pelanggaran peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sepanjang operasi tersebut turut disita tujuh kereta mewah yang dipandu bukan warganegara melibatkan China, Pakistan, Bangladesh serta seorang pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Jasyindar berkata setiap kesalahan akan dikenakan tindakan tanpa sebarang kompromi termasuk sitaan kenderaan dan pendakwaan di mahkamah.

Katanya, JPJ akan meningkatkan kekerapan dan intensiti operasi penguatkuasaan termasuk rondaan, sekatan jalan raya dan pemeriksaan teknikal bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa berada pada tahap tertinggi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan