DUNIA

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

19/06/2026 10:47 AM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan prestasi kadar asas  pasaran tunai.

Pada 9.30 pagi, kontrak Jun 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut lapan mata kepada 1,710.0 dan 1,692.0. Sementara itu, Julai 2026 turun 7.5 mata kepada 1,712.5 manakala kontrak September 2026 merosot tujuh mata kepada 1,692.0.

Jumlah dagangan berjumlah 1,727 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 32,974 kontrak.

Pada 9.48 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI berkurangan 4.68 mata kepada 1,706.71 daripada paras 1,711.39 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan