POLITIK

PRN Johor: KTMB Sedia ETS Tambahan Ke Selatan

19/06/2026 11:34 AM

JOHOR BAHRU, 19 Jun (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menyediakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan ke selatan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

KTMB menerusi hantaran Facebook memaklumkan jualan tiket bermula 12 tengah hari ini melalui aplikasi KTMB Mobile, KITS Style, laman sesawang online.ktmb.com.my atau mesin kios tiket KTMB.

“Jom Balik Mengundi! ETS tambahan ke selatan sempena PRN untuk tarikh perjalanan dari 10 hingga 12 Julai,” menurut hantaran itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN Johor pada 11 Julai.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan