KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Saham tawaran awam awal (IPO) LifTech Group Bhd yang tersedia untuk rakyat negara ini mencatat keadaan terlebih langgan sebanyak 18.92 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 30 Jun, 2026.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, syarikat peralatan pengangkatan dan pengendalian industri itu menjelaskan sebanyak 5,636 permohonan bagi 314.74 juta saham terbitan bernilai RM91.3 juta telah diterima daripada rakyat negara ini untuk 15.80 juta saham terbitan yang tersedia untuk permohonan itu.
“Bagi bahagian bumiputera, sebanyak 2,960 permohonan bagi 161.55 juta saham terbitan telah diterima, yang mewakili kadar terlebih langgan sebanyak 19.45 kali.
“Bagi bahagian awam, sebanyak 2,676 permohonan bagi 153.24 juta saham terbitan telah diterima, yang mewakili kadar terlebih langgan sebanyak 18.40 kali,” katanya.
Menurut LifTech sejumlah 7.24 juta saham terbitan yang diperuntukkan kepada individu yang layak telah dilanggan sepenuhnya.
Sebanyak 32.63 juta saham terbitan yang ditawarkan melalui tawaran persendirian kepada pelabur terpilih turut dilanggan sepenuhnya.
“Sebanyak 39.37 juta saham IPO yang disediakan untuk pelabur bumiputera terpilih yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah dilanggan sepenuhnya.
“Berdasarkan tawaran persendirian kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh MITI dan pelabur terpilih, sejumlah 72 juta saham telah diperuntukkan kepada 202 pelabur,” tambahnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial