KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Sebuah masjid baharu yang mampu memuatkan lebih 1,500 jemaah akan dibina di Bukit Bintang, di sini dengan dijangka siap awal tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Beliau berkata pembinaan masjid berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan.
Zulkifli berkata reka bentuk serta pelan masjid berkenaan telah disediakan dan kerja-kerja fizikal akan dimulakan segera.
“Apabila siap nanti semua jemaah akan tumpu ke sana (masjid baharu) manakala pusat komuniti Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB) yang dijadikan surau Jumaat sementara akan diteruskan dengan aktiviti dakwahnya," katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di surau Jumaat sementara OOBB di sini hari ini.
Surau berkenaan hari ini kali pertama mengadakan solat Jumaat selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (Khas) Bil 4/2026 yang bersidang pada 8 Jun bersetuju memberi kebenaran solat Jumaat sementara di OOBB.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial