Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
ASHGABAT (TURKMENISTAN) 19 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima sambutan rasmi di Istana Presiden Turkmenistan di sini, sempena lawatan sulung beliau ke negara Asia Tengah itu sejak memegang jawatan Perdana Menteri.
Ketibaan Perdana Menteri disambut Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov sebelum beliau memeriksa kawalan kehormatan, diiringi lagu kebangsaan Malaysia dan Turkmenistan yang dimainkan sebagai tanda penghormatan.
Anwar kemudian diperkenalkan kepada anggota Kabinet dan pegawai kanan kerajaan Turkmenistan sebelum memperkenalkan delegasi Malaysia kepada Berdimuhamedov.
Kedua-dua pemimpin seterusnya mengadakan pertemuan empat mata sebelum meneruskan mesyuarat dua hala bagi membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama serta memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara.
Lawatan rasmi selama dua hari bermula 18 Jun itu merupakan kunjungan pertama Anwar ke Turkmenistan sejak dilantik Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November 2022, atas jemputan Berdimuhamedov.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial