KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk meluluskan permohonan kemasukan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) sebagai anggota baharu gabungan itu.
Pengerusi PN Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN di sini malam ini.
Pada masa sama, Ahmad Samsuri berkata PN akan memuktamadkan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam masa terdekat.
“Satu mesyuarat mengenai perkara itu akan diadakan esok, yang bakal dipengerusikan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selaku Pengarah Pilihan Raya PN.
“Insya-Allah akan dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon,” katanya pada sidang media di sini malam ini.
Sebelum ini, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu secara rasmi memutuskan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu selepas mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua pihak.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala 7 Julai untuk hari pengundian awal dan 11 Julai ialah hari pengundian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial