EKONOMI

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat XL Holdings

24/06/2026 01:45 PM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat harian (IDSS) XL Holdings Bhd (XLHB) sehingga 8.30 pagi esok, 25 Jun 2026 selepas saham tersebut melepasi had harganya.

Pada 12.06 tengah hari, harga saham syarikat itu menurun 20 sen kepada 68.5 sen dengan sejumlah 5.03 juta saham diniagakan. Saham tersebut sebelum ini dibuka pada 88.5 sen.

Menurut bursa, penggantungan itu disebabkan harga saham tersebut menurun lebih 15 peratus daripada harga rujukan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan