KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang dalam fasa akhir memuktamadkan dasar cukai karbon negara secara komprehensif, dengan pelaksanaan awal memberi tumpuan kepada sektor besi, keluli dan tenaga.
Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata pelaksanaan itu selaras dengan komitmen Malaysia mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini yang bertanya mengenai status terkini dan garis masa pelaksanaan cukai karbon dalam Belanjawan 2026.
“Tujuan cukai karbon bukan untuk mendapatkan hasil lebih banyak, tetapi untuk mewujudkan penetapan harga karbon supaya pelepasan karbon mempunyai kos yang perlu ditanggung sektor terlibat.
“Bagaimanapun penetapan kadar cukai karbon akan dilaksanakan secara berfasa agar tidak membebatkan industri secara keseluruhanya,” katanya.
Selain itu, beliau juga berkata cukai karbon tidak akan dikenakan terhadap syarikat kecil, sebaliknya hanya melibatkan sektor besar yang menjadi penyumbang utama pelepasan gas rumah hijau.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial