AM

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing Minggu Depan - Fahmi

26/06/2026 06:47 PM

PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing termasuk sektor makanan dan minuman (F&B) akan diadakan seawal minggu depan, dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, bagi memastikan isu berkaitan pekerja asing dapat diurus dan diselesaikan secara menyeluruh.

"Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya mesyuarat jawatankuasa Kabinet akan diadakan seawal minggu hadapan dan dipengerusikan oleh Ahmad Zahid bagi memastikan isu-isu ini dapat diuruskan dan diselesaikan, insya-Allah.

"Jadi bagi sektor-sektor yang sedang membangkitkan isu ini, khususnya pekerja asing, kita nantikan mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri," katanya pada sidang media mingguan, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan memahami terdapat sektor tertentu yang sedang berdepan cabaran berkaitan keperluan tenaga kerja terutamanya melibatkan pekerja asing.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan