POLITIK

PRN Johor: Pertandingan Tiga Penjuru Di DUN Semerah

27/06/2026 12:30 PM

BATU PAHAT, 27 Jun (Bernama) -- Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Penyandang kerusi DUN itu Fared Khalid daripada BN akan ditentang oleh Halim Kepol (PN) dan Mohd Khuzzan Abu Bakar (PH). 

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Nazid Jasiman mengumumkan perkara itu di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Seri Mahkota, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat di sini, selepas proses penamaan calon ditutup pada 10 pagi ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 11 Julai selepas DUN dibubarkan pada 1 Jun lepas.

Sementara itu, DUN Bukit Kepong turut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PN, BN dan PH.

Penyandang yang juga bekas Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal yang mewakili PN kembali bertanding bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

Pengerusi PN Johor itu bakal dicabar calon BN Ahmad Syar'e Yusoh dan Ketua Cabang PKR Pagoh C. Subramani mewakili PH.

Senarai calon bagi kerusi DUN Bukit Kepong diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Norhisham Said di PPC Dewan Kompleks Sukan Pagoh.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan