SUNGAI PETANI, 28 Jun (Bernama) -- Lapan individu dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 94 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak Penolong Penguasa Bomba Mohd Happyzam Abd Rasid berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.56 pagi dan kemalangan membabitkan sebuah lori, Perodua Myvi dan Toyota Noah.
Beliau berkata mangsa terdiri daripada dua lelaki menaiki lori, dua wanita di dalam kereta Myvi manakala seorang lelaki dan tiga wanita menaiki Toyota Noah.
“Pemandu kereta Myvi tersepit di tempat duduk dan dilaporkan mengalami kecederaan separa kritikal pada kepala, bahu dan kaki manakala mangsa lain mengalami luka kecil,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Happyzam berkata mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini dan operasi tamat pada 10.05 pagi selepas kerja pembersihan di lokasi kemalangan dijalankan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial