AM

Agong Bangga Pencapaian Bersejarah JMR Muncul Juara Di Spa-Francorchamps

30/06/2026 07:41 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian bersejarah Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim selepas Johor Motorsports Racing (JMR) muncul juara kategori Pro Am dalam perlumbaan ketahanan 24 Jam Spa-Francorchamps di Belgium, Ahad lepas.

Seri Paduka Baginda bertitah kejayaan itu dicapai menerusi gandingan kedua-dua paduka anakanda bersama rakan sepasukan Ben Greene dan Jordan Love dalam perlumbaan GT3 terbesar di dunia itu.

“Ia juga merupakan kali pertama pasukan dari Malaysia mencapai kejayaan demikian,” titah baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini. 

Kemenangan itu turut melakar sejarah apabila menjadi kejayaan pertama buat pasukan dari Malaysia dalam kategori Pro Am selain hadir pada penampilan ketiga JMR di perlumbaan berprestij berkenaan.

-- BERNAMA  

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan