DUNIA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Peningkatan Pengeluaran

30/06/2026 11:45 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng, berkata kelemahan dalam pasaran minyak kacang soya turut menjejaskan sentimen pasaran.

“Kami melihat harga disokong pada paras melebihi RM4,500 setan, dengan rintangan pada RM4,680,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2026 merosot RM49 kepada RM4,474 setan, kontrak Ogos 2026 susut RM40 kepada RM4,518 setan, manakala kontrak September 2026 turun RM42 kepada RM4,546 setan.

Kontrak Oktober 2026 dan November 2026 masing-masing susut RM43 kepada RM4,569 setan dan RM4,590 setan, sementara kontrak Disember 2026 berkurangan RM38 kepada RM4,615 setan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 75,359 lot berbanding 43,096 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka susut kepada 288,947 kontrak daripada 285,102 kontrak sebelum ini.

Harga fizikal MSM bagi Julai Selatan pula turun RM50 kepada RM4,500 setan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan