PASARAN

NIAGA HADAPAN FBM KLCI RENDAH PADA SESI AWAL

18/04/2024 11:01 AM

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini.

Pada 9.27 pagi, kontrak bulan semerta April 2024 susut 1.5 mata kepada 1,538.0 dan Mei 2024 berkurangan 1.0 mata kepada 1,540.0. Kontrak Jun 2024 dan September 2024 masing-masing susut 2.5 mata kepada 1,539.0 dan 1,527.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,454 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 44,202 kontrak.

Pada 9.47 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.39 mata kepada 1,541.81 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan