PASARAN

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH

18/04/2024 08:33 PM

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup rendah pada Khamis seiring dengan prestasi lemah niaga hadapan emas di COMEX Amerika Syarikat. 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2024 merosot kepada US$2,383.90 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,390.30 pada Rabu manakala Mei 2024 turun kepada US$2,399.60 daripada US$2,406.10 setiap auns troy.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup rendah kepada US$2,404.80 setiap auns troy daripada US$2,411.30.

Jumlah dagangan meningkat kepada 50 lot daripada 19 lot manakala kepentingan terbuka naik kepada 77 kontrak daripada 53 kontrak pada Rabu. 

Menurut London Bullion Market Association pada 17 April, harga emas fizikal berada pada US$2,390.35 setiap auns troy. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan