PASARAN > BERITA

RINGGIT DITUTUP RENDAH SEDIKIT BERBANDING DOLAR AS

23/04/2024 07:32 PM

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas pasaran pertukaran asing Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.

Pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata prestasi ringgit yang turun naik itu adalah disebabkan oleh beberapa faktor termasuk jangkaan pasaran berkaitan penurunan kadar faedah AS. 

Beliau berkata pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menurunkan kadar faedah sebanyak sekali atau dua kali pada tahun ini berbanding unjuran Fed sebanyak tiga kali. Prospek ini berbeza daripada jangkaan awal tahun ini sebanyak enam kali penurunan. 

“Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS kekal tinggi pada 4.63 peratus, menambahkan lagi tekanan ke atas mata wang Asia,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan susut sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.0863/0887 daripada paras penutup 3.0852/0877 pada Isnin, turun berbanding pound Britain kepada 5.9067/9110 daripada 5.8938/8981 dan jatuh berbanding euro kepada 5.0944/0981 daripada 5.0859/0896 sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara Asean lain kecuali baht Thai, apabila ia meningkat kepada 12.8887/9037 daripada 12.9044/9198.

Unit tempatan susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.5066/5095 daripada paras penutup 3.5041/5069 pada Isnin, turun berbanding peso Filipina kepada 8.31/8.3 daripada 8.29/8.31 dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 294.5/294.9 daripada 293.9/294.4.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan