PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA DITUTUP TINGGI SUSULAN SENTIMEN POSITIF PASARAN SERANTAU

26/04/2024 06:45 PM

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trajektori meningkatnya untuk ditutup tinggi hari ini mendapat rangsangan daripada sentimen positif di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis. 

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah turun 1.58 mata kepada 1,567.67, bergerak antara paras 1,566.34 dan 1,575.57 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 621 berbanding 466 manakala 470 kaunter tidak berubah, 816 tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.11 bilion unit bernilai RM3.25 bilion daripada 3.96 bilion unit bernilai RM2.83 bilion sebelumnya. 

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau (Nikkei, Indeks Hang Seng dan Indeks Shanghai Stock Exchange Composite) ditutup tinggi meskipun prestasi lemah di Wall Street semalaman. 

Beliau berkata dana global mula menimbang semula rantau Asia Pasifik berikutan penilaian ekuitinya yang agak murah berbanding rantau lain.

“Sementara itu, para pelabur bersemangat menunggu pengumuman Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE), pengukur inflasi pilihan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) pada lewat hari ini dengan harapan mendapat bayangan tentang perancangan berkaitan kadar faedah Fed menjelang mesyuarat dasar minggu depan,” katanya kepada Bernama. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 1.0 sen kepada RM9.79, Tenaga Nasional meningkat 6.0 sen kepada RM11.92, IHH Healthcare menokok 2.0 sen kepada RM6.27, Public Bank susut 2.0 sen kepada RM4.21 dan CIMB berkurangan 7.0 sen kepada RM6.61. 

Dalam kalangan kaunter cergas, MY E.G. menokok 10.5 sen kepada 91.5 sen, Capital A naik 3.5 sen kepada 73.5 sen, YTL Corporation meningkat 26 sen kepada RM3.03, manakala BSL Corporation dan Hong Seng Consolidated tidak berubah masing-masing pada 3.0 sen dan 1.0 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 45.81 mata kepada 11,826.79, Indeks FBM 70 mengukuh 61.48 mata kepada 16,416.78, Indeks FBMT 100 menambah 42.98 mata kepada 11,461.45, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 40.58 mata kepada 11,991.95 dan Indeks FBM ACE melonjak 47.0 mata kepada 5,062.01. 

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.77 mata kepada 187.33, Indeks Tenaga naik 6.02 mata kepada 977.42, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 60.14 mata kepada 17,303.81 dan Indeks Perladangan jatuh 23.10 mata kepada 7,402.95. 

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.59 bilion unit bernilai RM2.92 bilion daripada 2.48 bilion unit bernilai RM2.51 bilion pada Khamis. 

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 1.06 bilion unit bernilai RM157.29 juta daripada 977.13 juta unit bernilai RM141.19 juta.  

Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 452.36 juta saham bernilai RM167.36 juta daripada 501.52 juta saham bernilai RM177.04 juta. 

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 346.37 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (549.01 juta), pembinaan (202.36 juta), teknologi (722.34 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (83.42 juta), hartanah (224.77 juta), perladangan (21.87 juta), REITs (21.10 juta), dana tertutup (53,600), tenaga (135.93 juta), penjagaan kesihatan (45.42 juta), telekomunikasi dan media (32.83 juta), pengangkutan dan logistik (52.73 juta), utiliti (144.02 juta), dan amanah perniagaan (4.55 juta).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan