PASARAN > BERITA

RINGGIT DITUTUP RENDAH BERBANDING DOLAR AS SELEPAS ALAMI KENAIKAN AWAL

06/05/2024 07:34 PM

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas mencatatkan kenaikan awal pada Isnin, walaupun data Pembayaran Gaji Bukan Ladang (NFP) AS yang dikeluarkan Jumaat lepas lebih lemah daripada jangkaan, kata pakar ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar dolar AS/ringgit bermula rendah pada RM4.7330 semasa awal sesi dagangan hari ini namun kemudiannya susut secara beransur-ansur ke arah RM4.7413 pada sesi petang.

“Terdapat sedikit peningkatan dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 105.077 mata tetapi kenaikan itu kecil kerana dolar AS lebih lemah berbanding euro dan pound sterling. DXY mempunyai enam komponen antaranya ialah euro dan pound sterling.

“Kesimpulannya, pasaran masih agak yakin dengan dolar AS meskipun dengan data pekerjaan AS pada Jumaat lepas,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0806/0825 daripada 3.0947/0968 semasa ditutup pada Jumaat lepas namun, turun berbanding pound British kepada 5.9604/9635 daripada 5.9487/9525.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 5.1033/1060 daripada 5.0890/0922.

Unit domestik didagangkan rendah berbanding mata wang negara Asean.

Ringgit turun berbanding baht Thailand kepada 12.8950/9070 daripada 12.8723/8850 pada Jumaat, dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5086/5107 daripada 3.5027/5054.

Mata wang tempatan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 295.6/295.9 daripada 294.4/294.8 ketika ditutup Jumaat lepas dan lemah berbanding peso Filipina kepada 8.28/8.29 daripada 8.25/8.27.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan