PASARAN > BERITA

RINGGIT DITUTUP TINGGI BERBANDING DOLAR US

13/06/2024 07:36 PM

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US hari ini berikutan penurunan dalam Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) dan walaupun Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dijangka akan menurunkan kadar faedah hanya sekali tahun ini bukan tiga kali, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7070/7110 berbanding dolar US daripada 4.7160/7185 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY AS berada di bawah 105 mata sepanjang hari.

"Penurunan kadar faedah dijangka akan berlaku pada bulan September dan Disember berdasarkan kontrak niaga hadapan kadar faedah, memberi petunjuk bahawa pasaran percaya bahawa penurunan kadar faedah akan berlaku sebanyak dua kali tahun ini," katanya kepada Bernama.

Pada penutup urus niaga, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9945/9972 daripada 2.9977/9995 pada penutupan Rabu tetapi susut berbanding euro kepada 5.0840/0884 daripada 5.0711/0738 semalam dan merosot berbanding pound Britain kepada 6.0160/0211 daripada 6.0157/0189 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi  berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.

Ringgit melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 289.2/289.6 daripada 289.3/289.7 ketika ditutup pada Rabu, menokok berbanding baht Thailand kepada 12.8386/8540 daripada 12.8529/8643 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.04 daripada 8.04/8.05 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.4887/4920 daripada 3.4879/4900 semalam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan