PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH

13/06/2024 10:07 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah minyak soya  dan harga olein sawit Dalian.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan peningkatan pengeluaran pada minggu-minggu akan datang juga memberi tekanan kepada harga.  

 "Kami melihat paras sokongan pada RM3,850 dan paras rintangan pada RM4,000,"  katanya kepada Bernama.         

Hari ini harga minyak mentah Brent turun sebanyak 0.22 peratus kepada US$82.34 setong.

Pada penutup dagangan, kedua-dua kontrak Jun 2024 dan Julai 2024 turun sebanyak RM28 kepada RM3,934 setan metrik manakala Ogos 2024 susut RM27 kepada RM3,936 setan metrik.         

Kontrak September 2024 dan Oktober 2024 berkurangan RM29 setiap satu masing-masing kepada RM3,932 setan metrik dan RM3,929 setan metrik, manakala November 2024 susut RM28 kepada RM3,931 setan metrik.         

Jumlah dagangan meningkat kepada 67,837 lot daripada 63,118 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 218,681 kontrak daripada 216,667 kontrak sebelumnya.         

Harga MSM fizikal bagi Jun Selarab jatuh RM30 kepada RM4,000 setan metrik.        

 -- BERNAMA         

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan