PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI, DIDORONG DOLAR AS RENDAH

09/07/2024 08:14 PM

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa apabila dolar Amerika Syarikat (AS) dan hasil bon negara itu mengalami penurunan susulan laporan pekerjaan yang lemah.

Dolar AS yang lemah berkemungkinan memacu harga emas lebih tinggi menerusi peningkatan permintaan memandangkan lebih banyak emas boleh dibeli apabila dolar AS lebih rendah.

Pada penutupan, kontrak bulan semasa Julai 2024 meningkat kepada US$2,375.00 setiap auns troy daripada US$2,370.50 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Sementara itu, Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 masing-masing meningkat kepada US$2,391.00 setiap auns troy daripada US$2,386.50 setiap auns troy.

Jumlah dagangan kekal pada tiga lot, manakala kepentingan terbuka merosot kepada tujuh kontrak daripada sembilan kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,376.65 setiap auns troy, berdasarkan penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 8 Julai.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan