PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH

10/07/2024 08:46 PM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Jun dikeluarkan pada Khamis.

Namun begitu, menurut laporan, harga emas telah menunjukkan daya tahannya pada separuh pertama 2024, meningkat hampir 13 peratus kepada US$2,380 setiap auns.

Kenaikan itu berterusan disebabkan tempoh kadar faedah yang berpanjangan, menjadikan emas sebagai aset selamat.

Pada sesi penutup, kontrak bulan semerta Julai 2024 berkurangan kepada US$2,373.60 setiap auns troy daripada US$2,375.00 setiap auns troy pada Selasa.

Sementara itu, Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025, masing-masing turun kepada US$2,389.60 setiap auns troy daripada US$2,391.50 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada sembilan lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 15 kontrak daripada tujuh kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,376.90 setiap auns troy, berdasarkan penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 9 Julai.

-- BERNAMA  

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan