PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH SUSULAN AKTIVITI PENGAMBILAN UNTUNG

16/07/2024 07:14 PM

 KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa susulan aktiviti pengambilan untung selepas indeks utama mencecah paras tertingginya dalam tempoh tiga tahun semalam dan juga sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran utama serantau.

Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.91 mata kepada 1,631.73 dan bergerak antara paras 1,624.39 dan 1,633.97 sepanjang hari dagangan.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 795 berbanding 413, dengan 494 kaunter tidak berubah, 747 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 4.66 bilion unit bernilai RM3.52 bilion daripada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion pada Isnin. 

Nikkei 225 Jepun naik 0.20 peratus kepada 41,275.08, Indeks Straits Times Singapura berkurangan 0.34 peratus kepada 3,487.91 dan Indeks Hang Seng Hong Kong susut 1.60 peratus kepada 17,727.98.  

Seorang peniaga berkata bursa tempatan bergelut untuk mengekalkan momentum meningkatnya pagi ini berikutan aktiviti jualan dalam kaunter syarikat berkaitan indeks.

CelcomDigi susut lapan sen kepada RM3.60, Petronas Chemicals turun 10 sen kepada RM5.96 dan Sime Darby berkurangan sembilan sen kepada RM2.68.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH Healthcare naik satu sen kepada RM6.35, Public Bank tidak berubah pada RM4.13, Maybank turun empat sen kepada RM10.10, TNB berkurangan dua sen kepada RM14.16, CIMB jatuh tiga sen kepada RM7.15 dan Press Metal susut lima sen kepada RM5.98.  

Dalam kalangan kaunter cergas, Bintai Kinden meningkat dua sen kepada 13.5 sen, MLabs menokok 3.5 sen kepada 24 sen, WCT menambah lima sen kepada RM1.16, Ekovest tidak berubah pada 51.5 sen, XOX turun setengah sen kepada satu sen dan JCY susut 3.5 sen kepada 72 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 32.08 mata kepada 12,600.73, Indeks FBMT 100 susut  28.15 mata kepada 12,173.13, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 37.99 mata kepada 12,972.59, Indeks FBM 70 berkurangan 40.72 mata kepada 18,809.22 dan Indeks FBM ACE susut 59.65 mata kepada 5,963.08. 

Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 5.13 mata kepada 976.20, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 39.21 mata kepada 17,901.06, Indeks Perladangan naik 18.67 mata kepada 6,982.30 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.54 mata kepada 200.12.  

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.52 bilion unit bernilai RM3.07 bilion daripada 3.07 bilion unit bernilai RM3.36 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran turun kepada 1.08 bilion unit bernilai RM136.60 juta daripada 1.25 bilion unit bernilai RM166.71 juta.  

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.06 bilion saham bernilai RM306.73 juta daripada 1.04 bilion saham bernilai RM424.76 juta sebelumnya. 

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 396.91 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (658.48 juta); pembinaan (359.49 juta); teknologi (278.47 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (93.55 juta); hartanah (278.95 juta); perladangan (30.22 juta); REITs (15.69 juta); dana tertutup (23,000); tenaga (168.11 juta); penjagaan kesihatan (63.22 juta); telekomunikasi dan media (57.89 juta); pengangkutan dan logistik (43.58 juta); utiliti (73.29 juta); dan amanah perniagaan (2.45 juta).

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan