PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Hampir Tidak Berubah

26/07/2024 08:33 PM

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup hampir tidak berubah pada Jumaat seiring dengan prestasi di pasaran tunai.

Kontrak bulan semerta Julai 2024 dan September 2024 masing-masing turun 0.5 mata kepada 1,613.5 dan 1,601.0, Ogos 2024 merosot 1.0 mata kepada 1,617.5 manakala Disember 2024 susut 2.0 mata kepada 1,608.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 33,025 lot daripada 16,705 manakala kepentingan terbuka menokok kepada 81,910 kontrak daripada 64,679.

Pada 5 petang, FBM KLCI berkurangan 2.30 mata atau 0.14 peratus kepada 1,612.88 daripada 1,615.18 pada Khamis.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan