PASARAN > BERITA

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup bercampur-campur

01/08/2024 08:48 PM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini.

Kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat 6.0 mata kepada 1,631.0, September 2024 merosot 17.0 mata kepada 1,612.0, Disember 2024 menokok 6.5 mata kepada 1,618.0 dan Mac 2025 turun 7.0 mata kepada 1,612.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada  6,394 lot daripada 12,163 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka merosot kepada  50,296 kontrak daripada 58,462 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang,  FBM KLCI berkurangan 1.32 mata atau 0.08 peratus  kepada 1,624.25 daripada paras penutup 1,625.57 sebelumnya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan