PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

08/08/2024 07:34 PM

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis sejajar dengan prestasi di pasaran tunai.

Kontrak bulan semerta Ogos 2024 merosot 10.5 mata kepada 1,582.5, September 2024 menyusut 26.5 mata kepada 1,565.5, Disember 2024 berkurang 7.5 mata kepada 1,570.5 sementara Mac 2025 turun 10.5 mata kepada 1,559.5.

Jumlah dagangan menyusut kepada  9,354 lot daripada 15,459 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka merosot kepada 48,301 kontrak daripada 54,809 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI berkurang 1.49 mata atau 0.09 peratus kepada 1,590.38 daripada 1,591.87 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan