PASARAN > BERITA

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

19/08/2024 10:02 AM

Oleh Engku Shariful Azni and Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar dalam persekitaran data ekonomi Malaysia bagi suku kedua 2024 yang lebih baik daripada jangkaan, menjelang jangkaan penurunan kadar faedah oleh Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis. 

Pada 8 pagi, ringgit kekal tidak berubah pada 4.4295/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4295/4350 pada Jumaat lepas.

“Pada minggu ini, tumpuan akan diberikan kepada Jackson Hole Symposium -- perhimpunan tahunan pemimpin bank pusat global yang akan diadakan pada 22 hingga 24 Ogos di Wyoming, AS,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, katanya data tuntutan pengangguran dan aktiviti ekonomi AS juga akan menjadi tumpuan pada minggu ini berikutan peniaga menunggu kenyataan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell. 

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9931/9972 daripada 2.9792/9833 pada Jumaat lepas, susut berbanding euro kepada 4.8835/8896 daripada 4.8680/8741 minggu lepas dan berkurangan berbanding pound kepada 5.7344/7416 daripada 5.7167/7238 sebelum ini.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN, merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3661/3702 daripada 3.3582/3627 pada Jumaat lepas dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.8013/8242 daripada 12.6445/6656 sebelum ini.

Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.74/7.75 dan rupiah Indonesia kepada 282.2/282.7 daripada minggu lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan