PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

01/10/2024 09:38 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives pulih daripada penurunan pada Isnin untuk ditutup lebih tinggi hari ini.

Peniaga minyak sawit David Ng mengaitkan kenaikan itu dengan harga kacang soya yang lebih kukuh dan jangkaan pengeluaran MSM yang lebih lemah.

"Kami melihat paras sokongan pada RM3,900 dan paras rintangan pada RM4,050," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat RM42 kepada RM4,166 setiap tan, November 2024 bertambah RM18 kepada RM4,055 manakala Disember 2024 menokok RM11 kepada RM4,006 setiap tan.

Kontrak Januari 2025 dan Februari 2025 berkembang RM7 masing-masing kepada RM3,963 dan RM3,928 setiap tan manakala Mac 2025 meningkat RM10 kepada RM3,894 setiap tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 63,557 lot daripada 56,631 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 257,623 kontrak daripada 256,833 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Oktober Selatan meningkat RM30 kepada RM4,200 setiap tan.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan