PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-campur Kemudiannya Rendah

16/10/2024 10:53 AM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini tetapi bertukar lebih rendah kemudiannya, menjejaki prestasi semalaman di Wall Street yang ditutup rendah selepas peningkatan baru-baru ini, kata penganalisis.

Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.02 mata kepada 1,639.95 berbanding 1,641.97 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran pada awalnya dibuka 1.83 mata lebih tinggi kepada 1,643.80.

Pasaran lebih luas adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 217 berbanding 101 manakala 247 kaunter kekal tidak berubah, 1,982 saham tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 108.05 juta unit bernilai RM72.96 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran saham Amerika Syarikat reda seketika berikutan peniaga menilai laporan pendapatan baru-baru ini.

Sementara itu, beliau berkata, keadaan pasaran tempatan kekal berhati-hati, seperti yang dicerminkan oleh jumlah dagangan yang rendah.

"Berikutan ketiadaan pemangkin positif, kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,635-1,645 hari ini," kata Thong kepada Bernama.

Mengenai komoditi, beliau berkata harga minyak mentah kekal lemah, dengan minyak mentah Brent kini diniagakan pada US$74 setong kerana kebimbangan terhadap permintaan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Nestle turun RM2.60 kepada RM103.40, YTL Power International rendah 5.0 sen kepada RM3.49, Petronas Chemicals susut 3.0 sen kepada RM5.61, Public Bank berkurangan 2.0 sen kepada RM4.46 dan YTL Corporation rendah 1.0 sen kepada RM2.30.

Bagi kaunter aktif, Northeast Group susut 1.0 sen kepada 49.5 sen, Sarawak Cable dan MRCB masing-masing berkurangan setengah sen kepada 8.5 sen dan 61.5 sen dan MFlour menguncup 5.0 sen kepada 66 sen manakala PA Resources menokok 1.0 sen kepada 33 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 23.57 mata kepada 12,300.63, Indeks FBMT 100 susut 22.18 mata kepada 12,002.69 manakala Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 25.25 mata kepada 12,208.58.

Indeks FBM 70 rendah 60.08 mata kepada 17,543.72 dan Indeks FBM ACE susut 17.44 mata kepada 5,058.05.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 30.34 mata kepada 19,384.65, Indeks Perladangan 3.14 mata lebih rendah kepada 7,261.21, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.36 mata kepada 175.27 dan Indeks Tenaga susut 6.16 mata kepada 850.52.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan