PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

16/10/2024 07:47 PM

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjejaki kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat, kata seorang peniaga. 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat kepada US$2,686.70 setiap auns troy daripada US$2,661.30 setiap auns troy semalam manakala November 2024 berkembang kepada US$2,704.00 setiap auns troy daripada US$2,683.10 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,709.80 setiap auns troy daripada US$2,684.50 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan susut kepada enam lot daripada 13 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka merosot kepada 27 kontrak daripada 33 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 15 Okt, 2024, harga fizikal emas berada pada US$2,649.05 setiap auns troy.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan