PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya CBOT Lemah

17/10/2024 11:43 PM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis susulan kelemahan dalam niaga hadapan minyak kacang soya Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,200 satu tan dan paras rintangan pada RM4,350 satu tan,” katanya kepada Bernama.

 Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Kumpulan Sunvin yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata keputusan Kesatuan Eropah (EU) untuk menangguhkan pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan EU (EUDR) selama setahun telah mewujudkan sentimen yang sedikit menurun bagi minyak sawit Malaysia.

Beliau berkata eksport minyak sawit Malaysia bagi separuh pertama Oktober dilihat lebih tinggi sebanyak dua digit manakala data Persatuan Pengusaha Kelapa Sawit Semenanjung Selatan (SPPOMA) menunjukkan pengeluaran minyak sawit kilang semenanjung selatan merosot sebanyak 7.6 peratus secara bulanan.

“Malaysia juga mengekalkan cukai eksport minyak sawitnya pada kadar lapan peratus untuk November daripada Oktober sambil menyemak semula harga rujukan kepada RM3,949.73 satu tan, meningkat daripada RM3,839.10 pada Oktober,” katanya.

Pada penutup dagangan hari ini, kontrak bulan semerta November 2024 menyusut RM30 kepada RM4,342 setiap tan, Disember 2024 merosot RM36 kepada RM4,299 setiap tan dan Januari 2025 berkurang RM33 kepada RM4,278 setiap tan.

Februari 2025 menyusut RM35 kepada RM4,243 setiap tan, Mac 2025 berkurang RM33 kepada RM4,207 setiap tan dan April 2025 turun RM33 kepada RM4,167 setiap tan.

Jumlah dagangan berkurang kepada 100,646 lot daripada 118,488 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 261,981 kontrak daripada 250,999 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM untuk Oktober Selatan turun RM50 kepada RM4,380 setiap tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan