PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

23/10/2024 07:18 PM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari ketiga berturut-turut, mencerminkan prestasi indeks saham Amerika Syarikat (AS) yang lembap selepas sehari dagangan bercampur-campur, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.01 mata untuk ditutup pada paras terendah hariannya pada 1,641.53 daripada 1,642.54 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.67 mata kepada 1,644.21 dan mencecah paras tertinggi harian pada 1,645.90 pada pertengahan pagi. 

Suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 563 berbanding 471 manakala 541 kaunter tidak berubah, 928 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 3.24 bilion unit bernilai RM2.64 bilion daripada 2.67 bilion unit bernilai RM2.49 bilion semalam.   

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat disebabkan ketidaktentuan berhubung pilihan raya umum yang akan datang di Jepun dan AS.

“Dalam persekitaran ini, ramai pelabur telah beralih kepada sektor perbankan. Saham pengguna dan perbankan menerajui aliran meningkat dalam kalangan komponen FBM KLCI.

“Mengikut sektor, Indeks Teknologi Bursa Malaysia terus mencatatkan kenaikan untuk hari keenam berturut-turut, didorong oleh maklum balas positif terhadap Belanjawan 2025,” katanya kepada Bernama. 

Selain itu, Mohd Sedek menjangka potensi kesan limpahan terhadap pasaran tempatan berikutan syarikat utama AS dijadualkan mengumumkan pendapatan mereka minggu ini.

Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata FBM KLCI berjaya mencatatkan kenaikan yang sederhana walaupun hasil AS terus mencatatkan peningkatan dan dolar yang lebih kukuh. 

“Pelabur tempatan berasa lega dengan langkah-langkah terkini China yang menyaksikan bon kerajaan khas untuk mewujudkan dana penstabilan pasaran. Cadangan ini untuk menyuntik keyakinan yang amat diperlukan dalam pasaran.

“Bagaimanapun, susulan sesi pasaran AS yang lengang, minat secara keseluruhannya kekal rendah. Peniaga menghadapi situasi yang mencabar berikutan Rizab Persekutuan mungkin tidak bersedia untuk penurunan kadar faedah yang agresif,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing tidak berubah pada RM10.62 dan RM4.55 manakala CIMB menambah dua sen kepada RM8.18. 

Sementara itu, Tenaga Nasional merosot empat sen kepada RM14.42 dan IHH Healthcare susut dua sen kepada RM7.21. 

Bagi kaunter aktif, Ingenieur Gudang naik setengah sen kepada 5.5 sen, Capital A menambah 1.5 sen kepada 99 sen, MY E.G. Services meningkat satu sen kepada 89.5 sen dan Sime Darby Property naik 2.0 sen kepada RM1.50 manakala Dataprep berkurangan dua sen kepada 15 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 1.98 mata kepada 12,368.25 dan Indeks FBM 70 meningkat 25.37 mata kepada 17,855.67

Sebaliknya, Indeks FBM ACE berkurangan 6.53 mata kepada 5,095.38, Indeks FBMT 100 susut 0.39 mata kepada 12,071.20 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 13.48 mata kepada 12,286.99.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 62.04 mata kepada 19,516.56, Indeks Tenaga meningkat 2.46 mata kepada 861.79 dan Indeks Perladangan menambah 11.31 mata kepada 7,288.17.

Bagaimanapun, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.02 mata kepada 177.26.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 1.84 bilion unit bernilai RM2.34 bilion daripada 1.39 bilion unit bernilai RM2.23 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.01 bilion unit bernilai RM173.07 juta daripada 894.24 juta unit bernilai RM113.57 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menambah kepada 379.20 juta unit bernilai RM128.85 juta daripada 376.79 juta unit bernilai RM138.19 juta semalam.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 327.50 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (577.59 juta), pembinaan (133.45 juta), teknologi (233.49 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (68.53 juta), hartanah (222.47 juta), perladangan (76.51 juta), REIT (8.11 juta), dana tertutup (248,700), tenaga (60.75 juta), penjagaan kesihatan (47.33 juta), telekomunikasi dan media (16.48 juta), pengangkutan dan logistik (27.66 juta), utiliti (42.77 juta) dan amanah perniagaan (10,100).

-- BERNAMA   

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan