PASARAN > BERITA

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

13/11/2024 07:09 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur terus ditutup bercampur-campur pada Rabu dalam persekitaran harga minyak mentah meningkat, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terus disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan getah asli global dan jualan kereta yang positif di China.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau menjelang data inflasi utama Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama.

Katanya harga minyak meningkat berikutan petunjuk kekurangan bekalan dalam masa terdekat tetapi kekal hampir kepada paras terendah dalam tempoh dua minggu selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum menurunkan unjuran pertumbuhan permintaan minyak global bagi 2024 dan 2025, masing-masing kepada 1.82 juta tong sehari (bpd) dan 1.54 juta bpd.

Sementara itu, katanya niaga hadapan getah Jepun rendah untuk sesi keempat berturut-turut hari ini berikutan data ekonomi China, sebagai pengguna utama merosot di bawah jangkaan walaupun terdapat langkah-langkah rangsangan baharu dari Beijing.

Bagaimanapun, yen yang rendah mengehadkan penurunan tersebut.

Pada masa yang sama, katanya Persatuan Pengilang Automobil China melaporkan jualan kenderaan China meningkat tujuh peratus tahun ke tahun kepada 3.05 juta unit pada Oktober.

“Dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, jualan kenderaan melebihi 24.6 juta unit, naik 2.7 peratus tahun ke tahun,” katanya.

Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 5.5 sen kepada 854.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 0.5 sen kepada 670.00 sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 sebanyak 854.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 670.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan