PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Julat Terhad Minggu Depan

16/11/2024 10:36 AM

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat terhad pada minggu hadapan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pelabur sedang memantau dengan rapat perkembangan domestik dan antarabangsa yang boleh mempengaruhi arah pasaran.

"Kami menjangka FBM KLCI akan bergerak mendatar dalam julat 1,590 hingga 1,610 pada minggu hadapan," katanya kepada Bernama.

Untuk minggu yang baru berakhir, November 2024 hilang 27.0 mata kepada 1,594.5, Disember 2024 merosot 26.5 mata kepada 1,599.0, Mac 2025 menurun 25.5 mata kepada 1,587.5 dan Jun 2025 menyusut 25 mata kepada 1,596.0.

Jumlah dagangan pula turun kepada 27,800 lot daripada 35,551 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 38,788 kontrak daripada 36,492 kontrak sebelumnya.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI menyusut sebanyak 28.8 mata kepada 1,592.44 daripada 1,621.24 pada minggu lalu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan