PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

19/11/2024 01:56 PM

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari, didorong oleh kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian, telekomunikasi dan media serta perkhidmatan kewangan.

Sunway menambah 13 sen kepada RM4.85, Telekom Malaysia naik 17 sen kepada RM6.51 dan CIMB meningkat 6.0 sen kepada RM8.27, dengan kesemua saham ini menyumbang 3.48 mata kepada indeks komposit.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.64 mata atau 0.23 peratus kepada 1,607.68 daripada 1,604.04 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.86 mata kepada 1,603.18 dan bergerak antara 1,601.02 dan 1,608.88 sepanjang sesi dagangan pagi.

Pasaran lebih luas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 442 berbanding 374 manakala 504 kaunter kekal tidak berubah, 1,146 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 1.75 bilion saham bernilai RM995.81 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, berikutan pendapatan kukuh Kelington Group Bhd, selain hasrat pentadbiran Presiden Amerika Syarikat yang dipilih, Donald Trump untuk mengenakan tarif asas 60 peratus ke atas import China, ia kekal optimis terhadap sektor teknologi dan sarung tangan tempatan.

Konflik Ukraine-Rusia yang semakin meningkat dijangka menguatkan sentimen terhadap kaunter berkaitan emas dan minyak, katanya.

“Kami turut tertumpu kepada sektor pembinaan, hartanah dan bahan binaan, disokong oleh pelaburan pusat data yang semakin meningkat serta kekal positif terhadap syarikat Malaysia Timur berikutan prestasi tawaran awam permulaan yang kukuh baru-baru ini," katanya.

Saham wajaran tinggi lain menyaksikan Tenaga Nasional meningkat 8.0 sen kepada RM14.44, IHH Healthcare naik 4.0 sen kepada RM7.26 dan YTL Corporation menambah 3.0 sen kepada RM2.00 manakala Maybank susut 6.0 sen kepada RM10.28 dan Public Bank rendah 2.0 sen kepada RM4.48.

Bagi saham aktif, Aizo menokok setengah sen kepada 15 sen, Life Water menambah 6.5 sen kepada 92.5 sen, dan Cape EMS naik 2.0 sen kepada 40.0 sen manakala Classita dan MMAG Holdings masing-masing tidak berubah pada 6.5 sen dan 44 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah menokok 50.11 mata kepada 12,163.73, Indeks FBM Emas naik 32.87 mata kepada 12,205.73, Indeks FBMT 100 menambah 32.68 mata kepada 11,908.50, Indeks FBM ACE meningkat 14.86 mata kepada 5,189.95, dan Indeks FBM 70 menokok 70.27 mata kepada 17,934.16.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.07 mata kepada 170.32 dan Indeks Tenaga meningkat 2.44 mata kepada 830.31 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 8.61 mata kepada 19,201.93 dan Indeks Perladangan berkurangan 35.62 mata kepada 7,669.87.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan