PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH

16/12/2024 09:20 PM


From Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun prestasi positif di niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) berikutan pemangkin tempatan yang terhad, kata seorang penganalisis.

Kontrak semerta Disember 2024 merosot kepada  US$2,663.90 setiap auns troy daripada US$2,678.30 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas manakala Januari 2025 menurun kepada US$2,677.00 setiap auns troy daripada US$2,691.40 setiap auns troy. 

Manakala kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 masing-masing menyusut kepada US$2,687.20 setiap auns troy daripada US$2,701.50 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 50 lot daripada 44 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 67 kontrak daripada 63 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 13 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,659.05 setiap auns troy.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan