KUALA LUMPUR, 17 Dis (Khamis) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa dalam keadaan sentiment berhati-hati, susulan data yang tidak menentu daripada Indeks Pengurus Pembelian (IPP) AS menyebabkan Indeks Dolar AS (DXY) susut kepada 106.858 mata daripada 107.003 sebelum ini.
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4470/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4500/4550 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata IPP AS bagi pembuatan merosot melebihi jangkaan kepada 48.3 mata bagi Disember berbanding jangkaan pasaran pada 49.5 mata.
“Pengurangan kadar faedah sebanyak 25 mata asas telah sedia untuk diambil kira, dengan derivatif kadar faedah menjangkakan 95 peratus peluang bagi pengurangan 25 mata asas minggu ini.
"Isu utama adalah mengenai prospek tahun depan. Oleh itu, pasaran akan memberi perhatian kepada pergerakan taburan plot titik untuk mengukur kemungkinan pengurangan kadar faedah seterusnya berdasarkan tinjauan oleh kalangan ahli FOMC yang lazimnya diterbitkan pada suku tahunan,” katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8865/8932 daripada 2.8930/8964 ketika ditutup semalam namun rendah berbanding pound sterling kepada 5.6441/6568 daripada 5.6301/6365.
Ringgit lemah berbanding euro kepada 4.6769/6874 daripada 4.6743/6795.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2960/3039 daripada 3.2992/3032 ketika ditutup pada Isnin, dan naik berbanding baht Thai kepada 13.0456/0873 daripada 13.0575/0795.
Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 277.9/278.6 daripada 278.0/278.5 dan kekal pada paras 7.58/7.60 berbanding peso Filipina sejak semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial