PASARAN > BERITA

Aktiviti Perelok Akaun Pacu Kenaikan Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

18/12/2024 02:18 PM

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada dagangan tengah hari ini, didorong oleh aktiviti memperelok akaun yang berterusan dalam kaunter tertentu, didahului segmen utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.23 peratus atau 3.71 mata kepada 1,601.04 daripada paras 1,597.33 pada akhir dagangan semalam. 

Indeks petunjuk utama itu dibuka tidak berubah dan bergerak dalam julat 1,594.75 hingga 1,602.38 sepanjang sesi pagi.

Sentimen pasaran negatif sedikit apabila kaunter rugi mengatasi untung iaitu 429 berbanding 384 manakala 527 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,131 tidak diniagakan dan 10 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.35 bilion unit bernilai RM941.73 juta.

Bagi saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional meraih 22 sen kepada RM14.02, Hong Leong Bank menokok 18 sen kepada RM20.30, YTL Corporation menambah 3.0 sen kepada RM2.15, Hong Leong Financial Group meningkat 18 sen kepada RM18.12 manakala Petronas Chemicals Group menokok 2.0 sen kepada RM4.80. 

Saham paling aktif menyaksikan kemunculan pertama Carlo Rino di Pasaran ACE susut 4.5 sen kepada 22.5 sen, Supermax naik 8.0 sen kepada RM1.18, Top Glove menokok 6.0 sen kepada RM1.37, Jati Tinggi meraih 6.5 sen kepada 47 sen, Kinergy Advancement (KAB) meningkat setengah sen kepada 34.5 sen dan Pestech menambah 1.5 sen kepada 18.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas Shariah mencatat 21.18 mata kepada 12,304.32, Indeks FBM Emas naik 18.00 mata kepada 12,280.03 dan Indeks FBMT 100 naik 20.23 mata kepada 11,966.22.

Indeks FBM 70 menambah 3.95 mata kepada 18,414.02 manakala Indeks FBM ACE meningkat 9.42 mata kepada 5,251.28.

Bagi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.07 mata kepada 172.07 manakala Indeks Tenaga turun 5.16 mata kepada 811.50.

Selain itu, Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 21.93 mata kepada 18,957.94 dan Indeks Perladangan menokok 3.31 mata kepada 7,631.40.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan