KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
Ketika penutup dagangan, kontrak Disember 2024 meningkat kepada 5.5 mata kepada 1,596, Januari 2025 menokok 5.5 mata kepada 1,600, Mac 2025 menaik 5.0 mata kepada 1,584.5 dan Jun 2025 melonjak 5.5 mata kepada 1,591.50.
Jumlah dagangan menokok kepada 4,990 lot daripada 2,683 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 41,525 kontrak daripada 39,171 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI naik 0.14 peratus atau 2.25 mata kepada 1,599.58 daripada 1,597.33 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial