KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Seorang peniaga berkata pasaran disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan kebimbangan mengenai bekalan getah asli yang terhad berikutan cuaca lembap berpanjangan di beberapa kawasan negara pengeluar utama getah asli, termasuk Malaysia dan Thailand.
“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh dagangan kecil menjelang cuti Krismas dan konflik di Timur Tengah yang berterusan,” katanya kepada Bernama
Katanya di Thailand, negara pengeluar utama getah, monsun di kawasan teluk dan wilayah selatan negara itu bertambah kuat manakala sistem tekanan tinggi di bahagian utara negara tersebut akan menjadi lemah.
Sementara itu, aktiviti menoreh getah telah terhenti di Yunnan dan Hainan di China serta terjejas akibat hujan di Indonesia dan Malaysia.
Menurut Lembaga Getah Malaysia, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik 0.5 sen kepada 855 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot tiga sen kepada 712.5 sen sekilogram.
Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup esok sempena cuti Hari Krismas. Operasi pasaran akan disambung semula pada Khamis.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial